ARTIKEL

TAHAN… Lelaki dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 51 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Semuja selepas bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya.

Amang Seksual: Bapa Tiri Dipenjara 51 Tahun, 24 Sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 51 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Semuja hari ini selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya yang berusia 11 tahun hampir setiap hari sejak awal tahun ini.

Hakim Musli Ab Hamid menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh berusia 32 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tertuduh dikenakan hukuman penjara 17 tahun dan lapan sebatan bagi setiap tiga pertuduhan, dengan hukuman itu diperintahkan berjalan secara berasingan iaitu berturut-turut bermula dari tarikh sabitan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta perlu melaporkan diri di Balai Polis Tebedu selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.


Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula memperuntukkan tambahan hukuman penjara sehingga lima tahun serta sebatan tidak kurang dua kali.

Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh melakukan kesalahan terhadap mangsa yang berada di bawah jagaan dan kepercayaannya sebagai bapa tiri.

Kejadian pertama berlaku sekitar jam 4 pagi pada 12 Januari di ruang tamu sebuah rumah di sini.

Kejadian kedua berlaku sekitar jam 2.15 pagi pada 19 Januari di bilik tidur mangsa di kampung yang sama, manakala kejadian ketiga berlaku pada Mac, juga di bilik tidur mangsa.


Fakta kes mendedahkan penderaan itu terbongkar pada 14 Mei selepas mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Tebedu kerana mengalami sakit dan muntah.

Pegawai perubatan menjalankan ujian kehamilan dan mendapati keputusan positif sebelum imbasan lanjut mengesahkan mangsa berusia 11 tahun itu hamil kira-kira lapan minggu dengan denyutan jantung janin dikesan.

Hasil temu bual bersama mangsa kemudian mendedahkan tertuduh telah melakukan perbuatan berkenaan sejak Mac tahun ini hampir setiap hari.

Pemeriksaan lanjut di Hospital Serian turut menemui kesan kecederaan lama pada bahagian sulit mangsa yang konsisten dengan kesan penetrasi secara paksaan serta mengesahkan mangsa hamil lapan minggu.

Laporan polis dibuat oleh pegawai perubatan susulan kejadian tersebut.

Tertuduh ditahan pada 14 Mei di kawasan parkir awam Hospital Serian.

Siasatan turut mendapati mangsa merupakan anak daripada hubungan terdahulu ibunya sebelum wanita itu berkahwin secara sah dengan tertuduh, sekali gus menjadikan mangsa anak tiri kepada lelaki berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmawi Nur Haqim Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siasatan kes diketuai oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Victor Buckand Dusim Oh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke