Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di beberapa daerah di Sarawak.
Ia dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri sehingga 6 petang ini (Jumaat).
Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran (dikeluarkan pada 2.25 petang, Jumaat).



