ARTIKEL

Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, KL Dan Putrajaya Hingga 9 Malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Kelantan, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Bentong, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

Kawasan terlibat di Negeri Sembilan ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol manakala di Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi di Johor.

Keadaan sama diramal melanda Sabah meliputi kawasan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Tawau, Kunak dan Semporna manakala Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Pusa dan Betong, Sibu, Matu, Miri dan Limbang). – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha