Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di beberapa kawasan di Sarawak hingga 5 petang, hari ini.
Ia melibatkan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Miri (Subis, Beluru dan Miri) dan Limbang.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.



