Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di beberapa kawasan di Sarawak hingga 6 petang, hari ini.
Ia melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.



