KOTA KINABALU: JBPM Sabah mengesahkan tiada kerosakan struktur atau peningkatan paras air laut yang membahayakan di pantai timur negeri ini setakat tengah hari tadi.
Menurut Bernama, emantauan dilakukan di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna susulan gempa bumi kuat berukuran 7.9 Richter yang melanda Mindanao, Filipina.
Langkah itu diambil selepas MetMalaysia mengeluarkan amaran tsunami melibatkan beberapa kawasan pantai di Sabah.
Hasil pemantauan mendapati tiada kejadian luar biasa atau insiden kecemasan dilaporkan di kawasan terlibat.
JBPM Sabah memaklumkan keadaan adalah terkawal dan pasukan bomba akan terus berada dalam keadaan siap siaga.



