ARTIKEL

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi ketika ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, semalam | Foto: Ramidi Subari

Ambil kira pelibatan Kerajaan Sarawak dalam projek kabel dasar laut baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berharap pelaksanaan projek kabel dasar laut baharu yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah mengambil kira pelibatan Kerajaan Sarawak secara menyeluruh.

Menterinya Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, pelibatan ini perlu dilaksanakan khususnya dalam aspek perancangan, penyelarasan laluan serta pembangunan stesen pendaratan kabel dasar laut.

“Pelibatan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan wajar diberi perhatian, bagi memastikan projek ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti rangkaian nasional, malah memberi manfaat langsung kepada ekosistem digital dan industri telekomunikasi di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini.

Jelas Julaihi, kementeriannya menyambut baik pelaksanaan inisiatif pembinaan kabel dasar laut sebagai satu langkah penting memperkukuh kapasiti, kestabilan dan daya tahan rangkaian internet domestik negara.

“Pelaksanaan projek ini dijangka dapat meningkatkan keupayaan sambungan digital di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini menyokong keperluan trafik data yang semakin meningkat, khususnya bagi perkhidmatan awan, pusat data, pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan kerajaan atas talian,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha