ARTIKEL

NAHAS... Kemalangan membabitkan ambulan dan treler di kawasan Memaloi Sri Aman, pagi tadi, yang menyebabkan dua kakitangan KKM parah.

Ambulans terlanggar treler, dua kakitangan Hospital Betong cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Dua kakitangan Hospital Betong cedera parah selepas ambulans yang dinaiki dipercayai terlanggar treler yang diparkir di bahu jalan berhampiran kawasan Memaloi, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, pemandu ambulans berusia 45 tahun mengalami kecederaan dalaman.

“Sementara jururawat berusia 42 tahun retak di bahagian muka, patah tangan kiri serta patah kaki kiri.

“Kedua-kedua dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kedua-dua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu dalam perjalanan balik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas menghantar pesakit.

Menurut Mathew, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku apabila treler rosak yang diparkir di bahu jalan telah dilanggar oleh sebuah ambulans Hospital Betong.

Difahamkan juga pemandu treler berkenaan telah meletakkan papan segi tiga amaran pada jarak lebih kurang 50 meter dari belakang treler dan lampu kecemasan juga dipasang.

Pemandu treler berusia 54 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sri Aman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha