ARTIKEL

Amerika tamatkan status perlindungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Pentadbiran Trump akan menamatkan Status Perlindungan Sementara (TPS) untuk lebih 4,000 warga Myanmar di Amerika Syarikat mulai 24 Januari, dengan alasan keadaan di negara itu telah bertambah baik, menurut notis Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) yang dijadual diterbitkan pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Melalui notis ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) mengumumkan yang Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri menamatkan penetapan Status Perlindungan Sementara bagi Myanmar.

Penetapan itu akan tamat pada 25 Nov 2025,” menurut notis.

“Setiausaha DHS mendapati yang Myanmar tidak lagi memenuhi syarat untuk penetapan Status Perlindungan Sementara,” katanya.

Selepas 24 Januari, warga Myanmar yang diberikan TPS akan kehilangan status, menurut notis itu.

Menurut notis, terdapat 3,969 warga Myanmar dengan manfaat TPS yang diluluskan dan 236 permohonan yang masih dalam proses.

DHS merumuskan bahawa penamatan TPS untuk Myanmar adalah perlu kerana membenarkan warga Myanmar kekal sementara di AS bukan lagi kepentingan nasional.

Sejak permulaan penggal kedua pentadbiran Trump, AS secara konsisten menarik balik status perlindungan sementara bagi sejumlah negara.

Pada Mei, DHS mengumumkan penamatan TPS untuk hampir 12,000 warga Afghanistan dengan alasan keadaan keselamatan yang bertambah baik di Afghanistan dan pada akhir Jun, ia turut memutuskan untuk menarik balik TPS bagi lebih 260,000 warga Haiti.

Pada Julai, DHS membatalkan TPS bagi kira-kira 4,000 pendatang dari Nicaragua dan 72,000 warga Honduras.

Pada September, pentadbiran itu juga menamatkan TPS bagi lebih 6,000 warga Syria. — Bernama-Sputnik/RIA Novosti

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik