ARTIKEL

Amir Ahnaf diganggu saka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pelakon sensasi Malaysia yang terkenal menerusi watak Kahar dalam siri Project: High Council mendedahkan pengalamannya berdepan gangguan saka yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Amir Ahnaf atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, berkata beliau nekad menjalani rawatan tradisional bagi membersihkan diri daripada gangguan yang dihadapinya pada tahun lalu.

“Saya berasa bersyukur kerana keadaan saya kini semakin baik dan lebih sihat jika dibandingkan dengan dua tahun lalu.

“Gangguan itu sebenarnya sudah dibuang sepenuhnya pada tahun lalu apabila saya pergi ke Tawau untuk menjalani proses pembersihan diri bagi memastikan gangguan itu benar-benar hilang,” katanya dalam satu audio siar baru-baru ini.

Menurutnya, beliau mendapati dirinya kini berasa sedikit berbeza kerana lebih tenang dalam menghadapi apa-apa jua situasi.

Tambahnya, beliau gemar menyendiri dan membenci orang sekeliling ketika berdepan gangguan tersebut.

“Pengalaman yang saya lalui menyebabkan saya tidak mahu berjumpa dengan orang lain, suka menyendiri dan membenci orang sekeliling.

“Jika ada yang berbuat jahat terhadap saya, saya akan membalasnya dengan perbuatan yang lebih buruk.

“Namun, apa yang boleh saya katakan, sekarang saya lebih tenang berbanding sebelum ini,” katanya lagi.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU