ARTIKEL

Amuk keluarga kerana dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEPERTI kita sedia maklum, dadah merupakan musuh negara kerana bermulanya masalah sosial sering dikaitkan dengan dadah.

Aktiviti penyalahgunaan dadah ini juga salah satu punca runtuhnya institusi kekeluargaan apabila rumah tangga menjadi porak-peranda.

Menurut statistik Agensi Antidadah Kebangsaan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah menunjukkan peningkatan sebanyak 27 di Malaysia dari Januari hingga Jun 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Sebanyak 118,820 orang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2023 berbanding 93,534 orang pada 2022.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya dalam kalangan belia.

“Salah satu daripada masalah yang kita kesan adalah golongan remaja dan belia ramai menagih dadah kerana faktor waktu senggang yang banyak atau tidak ada aktiviti yang dibuat.

“Sebab itu kita lancarkan Sukarelawan SKUAD Antidadah untuk pastikan golongan belia ini ada aktiviti berfaedah yang boleh dilaksanakan,” katanya.

Seperti yang kita sedia maklum, penyalahgunaan bahan terlarang itu boleh menyebabkan runtuhnya sebuah institusi kekeluargaan.

Mengambil contoh kes mengenai kes kehilangan kanak-kanak berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Malangnya, misteri kehilangan kanak-kanak itu menjadi tanda tanya apabila usaha mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa menemui jalan buntu. Malah hingga kini, mayat atau rangka kanak-kanak terbabit gagal ditemui hingga ke hari ini.

Dalam kes itu, empat suspek telah ditahan iaitu pasangan penjaga, ibu dan bapa kandung kanak-kanak itu. Keempat-empat mereka mempunyai 17 jenayah rekod lampau yang melibatkan penyalahgunaan dadah, merosakkan harta benda dan jenayah komersial.

Jika dilihat kepada kes ini, jelas kelihatan bahawa sesebuah keluarga itu telah runtuh akibat penyalahgunaan dadah apabila ibu bapa kanak-kanak malang itu terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Walaupun, orang mengatakan kita tidak tahu jalan cerita yang sebenarnya.

Namun, sebagai ibu bapa yang sayangkan anaknya pasti akan bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka terhindar daripada sebarang masalah apatah lagi melibatkan kes kehilangan seperti ini. Berdasarkan pengalaman sendiri yang membuat liputan di mahkamah hampir setiap kes melibatkan merosakkan harta benda, ugutan jenayah, rompak, curi berpunca daripada dadah didakwa serta dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Salah satu kes yang menarik perhatian saya ialah kes ugutan jenayah dan merosakkan harta benda dalam kalangan ahli keluarga.

Contohnya anak ugut bapa, anak ugut ibu, suami ugut isteri, dan bapa ugut anak serta isteri sehingga menyebabkan kebimbangan serta trauma kepada ahli keluarga.

Semasa kejadian ini berlaku, insiden mengamuk sering berlaku sehingga menyebabkan pesalah mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah bunuh serta merosakkan harta benda sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan seperti sejumlah wang untuk membeli bahan terlarang itu.

Apabila disiasat oleh pihak polis mendapati pesalah ada terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas didapati positif dalam ujian saringan air kencing. Secara kesimpulannya, perkara asas bagi membendung gejala sosial ini bermula daripada sebuah institusi kekeluargaan yang teguh dari segi keagamaan, penuh kasih sayang dan menerapkan nilai moral dalam diri setiap ahli keluarga.

Selain itu, usaha membendung gejala sosial ini tidak dapat dikurangkan jika tiada pihak berkuasa yang mengambil tindakan seperti pihak polis. Oleh itu, kerjasama semua masyarakat dalam menangani masalah sosial amat diperlukan demi menjamin kesejahteraan masa depan negara.

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.