ARTIKEL

Anak buaya tewas dalam reban ayam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU NIAH: Selepas seminggu beroperasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah menangkap seekor anak buaya sepanjang enam kaki.

Ketua BBP Batu Niah Francis Aceh berkata anak buaya tersebut ditangkap di dalam sebuah sangkar ayam di Kampung Iran sekitar jam 8 pagi tadi.

“Pasukan BBP Batu Niah yang dianggotai oleh tujuh orang anggota telah menangkap seekor anak buaya panjangnya sekitar enam kaki di dalam sebuah sangkar ayam.

“Mereka menangkap buaya tersebut menggunakan peralatan khas dan tali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Francis, anak buaya itu kemudian dilepaskan oleh pihaknya ke habitat sepatutnya.

Operasi mereka juga turut dibantu oleh empat orang penduduk kampung.

Sebagai rekod, BBP Batu Niah telah memulakan operasi penuh sejak 1 Jun lalu.

 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha