CYBERJAYA: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki enggan mengulas dakwaan dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya mereka berdua dilibatkan membantu siasatan terhadap bekas perdana menteri itu.
Dalam wawancara bersama-sama media antarabangsa Sabtu lalu, Mokhzani mendakwa bapanya suspek utama siasatan SPRM dan kedua-dua mereka didakwa menjadi saksi kes.
Hadir pada Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa wartawan meminta beliau mengulas kenyataan Mokhzani dan Mirzan tersebut.
Pada Januari lepas, SPRM memanggil kedua-duanya untuk satu siasatan.





