ARTIKEL

Gambar hiasan. Foto: Pixabay

Ancaman baharu rokok elektronik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEHINGGA hari ini, masih ramai perokok mengendahkan larangan merokok terutamanya di premis makanan, di dalam pengangkutan awam dan hospital.

Walaupun di tempat awam tiada larangan merokok, perokok atau pengguna rokok elektronik harus bertimbang rasa dengan akal dan budi.

Ramai orang awam berada di kawasan yang sama terdedah dengan ancaman asap rokok.

Perbuatan merokok atau vape sesuka hati di tempat awam terutamanya ketika ada keramaian sangat tidak sopan dan tidak beradab.

Kita juga dapat melihat penggunaan vape semakin meluas terutamanya dalam kalangan remaja. Ia menjadi isu yang membimbangkan apabila statistik menunjukkan peningkatan jumlah pengguna.

Vape menjadi produk nikotin paling popular dalam kalangan remaja dengan 14.9 peratus menggunakannya seperti yang dinyatakan dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022: Tinjauan Kesihatan Remaja oleh Institut Kesihatan Awam.

PENGGUNA VAPE MENINGKAT

Walaupun penggunaan rokok tradisional berkurang daripada 13.8 peratus kepada 6.2 peratus pada 2017, namun pada 2022, penggunaan vape meningkat 9.8 peratus kepada 14.9 peratus dalam tempoh yang sama.

Data ini bukan sahaja menunjukkan kuasa tarikan setiap produk industri tembakau terhadap belia, tetapi keperluan mendesak bagi penguatkuasaan segera Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Namun, dengan adanya penguatkuasaan sahaja, penulis yakin ia tidak berkesan sekiranya vape masih mudah didapati di mana-mana premis.

Malah, kini, ia juga dijual secara dalam talian — memudahkan pengguna untuk mendapatkannya.

Menurut laporan sebelum ini, data menunjukkan bahawa kira-kira 35 peratus daripada pengguna membeli vape dari kedai vape itu sendiri dan 38 peratus daripada rakan.

Walaupun terdapat sesetengah pemilik kedai akan memeriksa umur pembeli, namun bagi pelajar yang ketagih, tentunya mereka mencari jalan lain untuk mendapatkannya.

Kita juga tahu bahawa rokok dikenali sebagai produk yang mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti tar, nikotin dan karbon monoksida, selain terdapat lebih 7,000 bahan kimia lain yang boleh memudaratkan tubuh manusia.

Manakala, vape juga mempunyai implikasi walaupun dianggap sebagai alternatif untuk berhenti merokok.

Cecair vape mengandungi nikotin, bahan kimia toksik dan logam berat seperti timah yang boleh merosakkan paru-paru serta organ lain.

Walaupun kandungan bahan kimia dalam vape berbeza dengan rokok, kesannya ke atas kesihatan tidak boleh diabaikan.

EVALI

Penggunaan rokok terbukti secara saintifi k membawa pelbagai kesan buruk kesihatan termasuk risiko kanser paruparu, mulut dan tekak serta penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung.

Selain itu, rokok juga menjadi punca utama penyakit pernafasan kronik seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD).

Walaupun dianggap selamat oleh sesetengah pihak, penggunaan vape tetap membawa kesan negetif — boleh menyebabkan penyakit paru-paru seperti E-Cigarette or Vaping Product UseAssociated Lung Injury (Evali).

Bukan itu sahaja, nikotin dalam vape boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan otak, terutamanya dalam kalangan remaja, sekali gus meningkatkan risiko ketagihan.

Sehingga kini, masih ramai yang salah faham dan kurang jelas dengan penggunaan vape, antaranya percaya vape lebih selamat daripada rokok.

Tambahnya, kurang kajian jangka panjang dengan kesan vape menjadikan risiko sebenarnya sukar untuk dijelaskan serta diukur.

Tanggapan vape sebagai alternatif yang selamat perlu dihentikan.

Melihat kesan kesihatan jangka panjang, diharapkan pengguna vape dan rokok sedar dan memilih untuk berhenti menggunakannya.

Kita semua sedar bahawa kesannya tidak datang sekelip mata, namun kesihatan jangka masa panjang lebih penting.

Jika tidak melihat dari segi kesihatan, kita nilai pula dari sudut ekonomi.

Walaupun mampu, tetapi jika duit yang digunakan untuk membeli vape atau rokok tersebut disimpan, mungkin pengguna boleh membeli barang yang lebih bermanfaat.

Bagi mereka yang merokok atau menggunakan vape, dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik kesihatan berdekatan atau layari laman sesawang www.jomquit.com.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU