ARTIKEL

Presiden SUPP, Datuk Amar Sim Kui Hian memotong kek sambil disaksikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Lee Kim Shin (tiga dari kiri) dan Wilfred (tiga dari kanan)

Ancaman parti luar perlu ditolak – Wilfred Yap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berdepan cabaran sebenar yang bukan hanya untuk terus kekal relevan, tetapi untuk memastikan kawasan-kawasan yang diwakilinya tidak tercicir daripada gelombang pembangunan yang sedang digerakkan oleh kerajaan Sarawak.

Menurut Pengerusi Cawangan Kota Sentosa, Wilfred Yap, perjuangan politik SUPP belum selesai dan parti tidak boleh leka, apatah lagi membiarkan kawasan SUPP ketinggalan hanya kerana terlalu selesa dengan pencapaian lalu.

“Kita mesti bekerja lebih keras. Kita tak boleh biar kawasan kita ketinggalan. SUPP perlu kekal dalam arus perdana dan bukan sekadar wujud, tetapi terus memimpin pembangunan dan mempertahankan suara Sarawak.

“SUPP lahir daripada hasrat untuk mempertahankan hak Sarawak, memastikan suara kita didengari, dan mengangkat setiap komuniti tidak kira Cina, Melayu, Dayak, Melanau dan lain-lain dalam semangat perpaduan,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Mengibarkan Bendera sempena ulang tahun ke-66 SUPP di Ibu Pejabat SUPP, pagi tadi.

Beliau juga mengingatkan tentang ancaman sebenar terhadap kestabilan politik Sarawak melalui parti-parti dari luar negeri yang tidak memahami konteks tempatan dan sering membawa agenda luar yang memecahbelahkan rakyat.

“Kita lihat sendiri di Sabah — apabila parti-parti luar masuk, mereka bawa pertelingkahan, bukan pembangunan. Mereka bawa perpecahan, bukan kemajuan. Kita tidak mahu Sarawak jadi seperti itu.

“Mereka bukan parti tempatan dan gagal memahami semangat serta menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Mereka tak jawab kepada orang Sarawak. Mereka jawab kepada bos mereka di Semenanjung,” katanya.

Tambahnya, SUPP menyatakan komitmen penuh untuk terus bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang menurutnya telah membuktikan keupayaan memimpin Sarawak dengan acuan sendiri — termasuk dalam transformasi digital, pembangunan infrastruktur dan pemerkasaan ekonomi luar bandar.

“SUPP mesti menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan autonomi negeri dan memastikan suara rakyat Sarawak tidak dibisukan oleh pihak luar.

“Kita berjuang bukan untuk kuasa, tetapi untuk masa depan Sarawak yang lebih cerah. Kita mahu Sarawak yang membangun, bersatu dan dihormati,” ujarnya.

Beliau juga turut menyeru ahli-ahli dan pemimpin SUPP di semua peringkat untuk turun ke akar umbi, mendengar suara rakyat, memahami isu tempatan dan meneguhkan kepercayaan masyarakat terhadap parti.

“Kalau kita mahu anak cucu kita hidup dalam Sarawak yang kuat, kita mesti pertahankan hari ini. Kita mesti bina kekuatan dari bawah iaitu melalui rakyat dan bukan retorik,” katanya.

Majlis Mengibarkan Bendera SUPP hari ini disambut dengan semangat perpaduan oleh kepimpinan dan ahli-ahli parti dari pelbagai cawangan, menandakan permulaan baharu dalam perjuangan politik SUPP yang lebih matang, berprinsip dan berpaksikan rakyat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha