ARTIKEL

Andre Taulany pegang watak dukun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAWAK dan pelakon popular Indonesia, Andre Taulany, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya di layar lebar menerusi filem terbaharu, Comic 8 Revolution: Santet K4bin3t.

Dalam karya ini, Andre tampil sebagai seorang dukun, menandakan kali ketiga beliau memegang watak berunsur ilmu ghaib.

Sebelum ini, Andre pernah muncul sebagai dukun dalam filem Kang Mak From Pee Mak, yang meraih lebih 4.8 juta penonton, serta Kang Solah X Nenek Gayung, yang turut mencatat kutipan pecah panggung dengan 2.5 juta penonton.

“Dukun pertama saya cuma satu babak.

Dukun kedua ada empat atau lima babak.

Yang ini, alhamdulillah, saya jadi pelakon utama,” katanya.

Filem arahan Fajar Bustomi itu turut menggandingkan Andre dengan rakan seperjuangannya dalam program komedi popular Lapor, Pak!, iaitu Hesti Purwadinata.

Keserasian keduaduanya di layar kaca kini dibawa ke layar lebar.

Hesti mengakui mereka sering bertemu setiap hari kerana kerjasama dalam program televisyen.

Namun, tetap ada proses pembinaan keserasian khusus untuk filem ini.

“Saya lebih banyak jumpa Pak Andre daripada anak-anak saya sendiri.

Jadi memang lebih mudah membina keserasian,” ujar Hesti berseloroh.

Bagaimanapun, Hesti menegaskan mereka tetap melalui sesi reading bagi menyatukan karakter yang dimainkan, selain memahami arah lakonan mengikut visi sutradara Fajar Bustomi.

Ini penting kerana watak yang dibawa jauh berbeza daripada personaliti mereka di program komedi.

Comic 8 Revolution: Santet K4bin3t turut memperkenalkan 11 komika baharu yang dipilih melalui sesi uji bakat di lapan bandar besar Indonesia, termasuk Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Makassar, Denpasar, Medan, Palembang, dan Jakarta.  

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai