ARTIKEL

Anggota APM cedera diserang anjing ketika kendali kes kecemasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cedera akibat diserang anjing ketika mengendalikan kes kecemasan di sebuah kampung di Jalan Kuching-Bau, di sini malam tadi.

Menurut APM Kuching, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.45 malam apabila sepasukan anggota APM menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melaporkan seorang wanita mengalami sakit perut dan lemah anggota badan.

LUKA…. Seorang anggota APM mengalami luka akibat diserang seekor anjing yang bertindak agresif ketika mengendali kes kecemasan di sebuah kampung di Jalan Kuching-Bau.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, empat anggota diketuai Koperal (PA) Khairuddin Jamel telah digerakkan ke lokasi.

“Setelah selesai memasukkan pesakit ke dalam ambulans, empat anggota APM telah diserang oleh seekor anjing yang bertindak agresif dari arah belakang.

“Salah seorang anggota telah telah digigit menyebakan anggota tersebut luka pada bahagian lengan,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook.

Beliau berkata, anggota yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Katanya, meskipun aspek keselamatan anggota dan orang awam semasa pengendalian sesuatu kes amat ditekankan, namun kejadian tersebut sukar diduga.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha