MIRI: Khidmat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong sekali lagi dikerah untuk menangkap seekor ular di Tudan di sini petang tadi.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang dianggotai tiga pegawai bomba di bawah penyeliaan PBK II Mohd Faizul Ali telah bergerak ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai.
“Setibanya PKO di lokasi kejadian, didapati benar ada seekor ular sawa berada di pagar rumah pelapor,” menurut satu laporan BBP Lutong.
“Setelah membuat ‘size up’, PKO bertindak menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut ular sehingga berjaya ditangkap sepenuhnya.”
Setelah operasi selesai dan keadaan selamat, PKO bertolak balik ke balai.




