ARTIKEL

Anggota polis lepas, bebas tuduhan edar ganja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang anggota polis berpangkat rendah atas tuduhan mengedar ganja seberat 5.6 kilogram, awal tahun ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memutuskan demikian terhadap Aizat Danial, 30, selepas pihak pendakwaan menarik balik kes tersebut selepas mendapati tiada elemen yang boleh menuduhnya mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Difahamkan, laporan kimia yang dibentangkan hari ini tidak mengandungi dadah dalam kesemua botol jus bercampur kanabis yang dirampas daripada bagasi tertuduh ketika ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Tertuduh (tengah) berbincang dengan peguambelanya Osman Ibrahim selepas keluar dari Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, pada malam kejadian 2 Januari lalu, tertuduh dilaporkan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur membawa sebuah bagasi dan sebuah beg galas ditahan oleh Pegawai Kastam Cawangan Khas Pemeriksaan Penumpang LTAK selepas melalui pemeriksaan mesin pengimbas.

Hasil pemeriksaan mendapati dia telah membawa sebanyak 20 botol cecair yang dipercayai campuran jus dan dadah jenis kanabis dengan berat kasar 5.6 kilogram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) James Ho manakala tertuduh diwakili peguam Osman Ibrahim, Nur Atiqah Kulah dan Ernie Natasha Azman.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU