ARTIKEL

Angka kematian gempa bumi Myanmar meningkat kepada 3,145 orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YANGON: Angka kematian akibat gempa bumi di Myanmar meningkat kepada 3,145 orang, dengan 4,589 cedera dan 221 lagi dilaporkan hilang, Xinhua memetik laporan Radio dan Televisyen Myanmar pada Khamis.


Setakat pagi Khamis, Myanmar mengalami 66 gegaran susulan dengan kekuatan antara 2.8 hingga 7.5 magnitud, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu.


Sementara itu, Kedutaan China di Myanmar mengesahkan bahawa gempa bumi itu mengorbankan empat warga China, manakala 13 lagi cedera, setakat 4 petang waktu Beijing Khamis.
–Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan