ARTIKEL

Angka Korban Banjir Di Selatan Thailand Meningkat Kepada 145

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Angka korban akibat banjir buruk di selatan Thailand meningkat kepada 145 orang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat ketika paras air mula surut dan operasi menyelamat diteruskan, lapor Xinhua.


Dalam sidang media, jurucakap kerajaan Siripong Angkasakulkiat berkata kematian dilaporkan di lapan wilayah selatan, dengan Songkhla mencatat jumlah korban tertinggi sebanyak 110 orang.


Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir besar yang melanda wilayah selatan itu telah menjejaskan kira-kira 3.54 juta penduduk, meskipun paras air di beberapa kawasan sudah surut.


Hat Yai, bandar paling teruk terjejas, menerima taburan hujan paling lebat dalam tempoh beberapa tahun ketika monsun kuat awal minggu ini, mendorong kerajaan mengisytiharkan darurat di wilayah Songkhla bagi melancarkan usaha pemindahan dan operasi menyelamat.


— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU