ARTIKEL

Gambar hiasan

Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 49,600 orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 49,617 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Khamis.


Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa 85 orang terbunuh dan 133 yang lain cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak awal pagi.


Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 112,950 orang turut cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023.


“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” menurut kementerian itu.


Tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak Selasa, sekali gus menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa sejak Januari.

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di