ARTIKEL

Angka korban meningkat lebih 14,000 orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANDARAYA GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 14,532 orang.

Angka ini termasuk lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita, kata pejabat media di wilayah dikepung itu pada Rabu.

Angka kematian dalam kalangan kakitangan perubatan mencecah 205 orang, termasuk doktor, jururawat dan paramedik, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

Sebanyak 25 anggota pasukan pertahanan awam dan 64 wartawan juga antara yang terbunuh. Pejabat itu berkata jumlah kecederaan pula mencecah lebih 35,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada bilangan berkenaan merupakan kanak-kanak dan wanita.

Menurut pejabat itu, sekurangkurangnya 7,000 orang dilaporkan hilang di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, sama ada tertimbus di bawah runtuhan, jenazah mereka terbaring di jalan atau nasib mereka tidak diketahui.

Jumlah bangunan kerajaan yang musnah mencecah 102 selain 266 sekolah dengan 67 daripadanya tidak lagi beroperasi.

Sebanyak 85 masjid musnah sepenuhnya manakala 174 lagi mengalami kerosakan.

Tiga gereja juga menjadi sasaran serangan.

Selain itu, sebanyak 45,000 rumah musnah sepenuhnya manakala 233,000 lagi kediaman rosak sebahagiannya.

Sekurang-kurangnya 26 hospital dan 55 pusat kesihatan juga tidak beroperasi.

Tentera penceroboh juga menyasarkan 56 ambulans dengan banyak kenderaan itu tidak dapat digunakan kerana kekurangan bahan api.

Pasar dan kedai komersial juga mengalami kekurangan barangan keperluan dan pelbagai barangan makanan manakala kedai roti menutup sepenuhnya operasi mereka.

Hampir 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan Israel dengan hampir 770,000 orang mencari perlindungan di 99 kem UNRWA, menurut timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom di Israel dan bantuan kemanusiaan malah kemasukan barangan komersial ke Gaza juga perlu diteruskan.

“Pada masa ini, kami terus menggunakan lintasan Rafah. “Keupayaan lintasan Rafah untuk mengendalikan jumlah bantuan yang kami perlukan adalah terhad.

Jadi itulah sebabnya kami terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom,” kata Haq kepada wartawan.

Beliau berkata PBB dan rakan kemanusiaannya bersedia untuk memanfaatkan peluang misi kemanusiaan untuk meningkatkan operasi itu.

“Penduduk Gaza tidak dapat bergantung kepada bantuan kemanusiaan semata-mata.

“Penghantaran barangan komersial perlu diteruskan semula, terutamanya melalui lintasan Kerem Shalom, yang mempunyai kapasiti untuk itu,” katanya.

Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths pada minggu lalu berkata, lintasan Kerem Shalom digunakan untuk membawa lebih 60 peratus muatan trak yang menuju ke Gaza sebelum konflik.

Beliau berkata antara 21 Oktober dengan 21 November, sekurangkurangnya 1,399 trak membawa bekalan kemanusiaan tidak termasuk bahan api memasuki Gaza melalui sempadan Mesir.

Jumlah itu agak rendah berbanding purata bulanan hampir 10,000 trak komoditi komersial dan kemanusiaan tidak termasuk bahan api memasuki Gaza sebelum 7 Oktober. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

JC Fong: Saya kehilangan kawan sejati

KUCHING: “Saya kehilangan kawan sejati yang merupakan pemimpin hebat,” kata bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Sri JC Fong. Penasihat undang-undang negeri itu sangat berducita atas

Sarawak ngulit dua hari

KUCHING: Perintah Sarawak ngemendarka timpuh ngulit selampur nengeri pengelama dua hari, belabuh sehari tu enggau pagila. Nambah ke nya, tambai mega digitang tengan tiang aja