ARTIKEL

Gambar hiasan

Angka Korban Tapak Pelupusan Sampah Runtuh Di Filipina, Meningkat Kepada 4 Orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Angka korban akibat kejadian tapak pelupusan sampah runtuh di Filipina pada Khamis meningkat kepada empat orang pada Sabtu, ketika pihak berkuasa meneruskan usaha mencari berpuluh-puluh pekerja yang masih terperangkap, lapor Anadolu Ajansi.

Kemudahan tapak pelupusan sampah swasta itu runtuh kira-kira pukul 4.17 petang waktu tempatan (0817 GMT) di Bandar Cebu, dalam Wilayah Central Visayas, pada Khamis.

Menurut data terbaharu, 12 orang telah dibawa ke hospital manakala empat kematian disahkan, dengan operasi mencari lebih 30 lagi mangsa yang hilang masih dijalankan, kata Datuk Bandar Cebu, Nestor Archival menerusi platform media sosial Facebook.

“Pihak berkuasa mengesahkan terdapat tanda-tanda mangsa yang masih hidup dikesan di kawasan tertentu, justeru kerja-kerja penggalian yang lebih berhati-hati diperlukan selain penggunaan kren 50 tan yang lebih canggih,” katanya.

Pada Jumaat, Datuk Bandar itu memaklumkan insiden berkenaan berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Binaliw dan melibatkan seramai 110 pekerja.

Dalam kejadian berasingan, pentadbiran Gereja Quiapo Filipina pada Sabtu menyatakan empat orang maut semasa perarakan Misa tahunan sempena festival keagamaan, Perayaan Black Nazarene, menurut laporan GMA News Online.

Pegawai gereja juga memaklumkan bahawa seorang wartawan foto yang meninggal dunia pada Jumaat ketika membuat liputan perarakan itu tidak dianggap sebagai mangsa aktiviti keagamaan berkenaan.
Lebih 1,050 kes kecemasan perubatan turut direkodkan sepanjang acara itu berlangsung. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU