ARTIKEL

Angkara sisa plastik terbakar, kilang di Tanjung Manis musnah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Kebakaran sisa plastik memusnahkan struktur bangunan sebuah kilang di Jalan Dewan Industri Kecil Sederhana di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis bergegas ke lokasi sejurus penerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan sisa plastik di dalam kilang itu.

“Ia telah memusnahkan sebahagian struktur belakang kilang berkenaan. Kemusnahan dianggarkan 85 peratus, ” katanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku agak lama sebelum disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Operasi pemadaman agak mencabar kerana kawasan itu tidak mempunyai sumber air terbuka. Kita menggunakan air dari jentera sehingga berjaya memadam api sepenuhnya pada jam 8.35 pagi,” katanya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Bomba melakukan operasi pemadaman membabitkan sisa plastik di sebuah kilang di Tanjung Manis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,