Angkasawan Megan McArthur mengaku menangis ketika pernah melihat Bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dahulu.
McArthur sedih kerana melihat kesan perubahan iklim dan pemanasan global Bumi.
Memberitahu Insider pada Selasa, beliau menyaksikan beberapa kebakaran di beberapa kawasan Bumi.
McArthur mengatakan, selama bertahun-tahun saintis dunia memberi amaran kepada seluruh masyarakat global.
Bahkan, menurut beliau, kebakaran hutan dapat disaksikan daripada imej satelit dalam bentuk kepulan asap meliputi AS, Amerika Selatan, Siberia, Greece, Sepanyol hingga barat laut Pasifik.
Sementara, menurut beliau, hutan hujan di Brazil berada bawah ancaman penebangan hutan.
Pencerobohan hutan berleluasa pada separuh terakhir abad ke-20 dijadikan ladang ternakan lembu dan tanaman berskala industri.
Amazon mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida daripada menyerapnya dalam tempoh 10 tahun lalu.
Ancaman lain ialah 40 peratus daripada hutan juga bertukar menjadi savana kering berpunca daripada hutan musnah akibat perubahan iklim.



