Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun dan akan mula ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu mulai 19 Jan ini.
Filem tersebut yang merupakan animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, telah mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata tayangan perdana telah diadakan di sebuah pawagam di Tokyo semalam yang dihadiri barisan pelakon suara, media, peminat dari Jepun dan rakan strategik MONSTA.



