ARTIKEL

Abang Johari bersama-sama barisan tetamu kehormat yang lain ketika merasmikan Anjung Kasih di Hospital Bintulu.

Anjung Kasih Hospital Bintulu Mudahkan Waris Pesakit Menerusi Sistem Digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Anjung Kasih Hospital Bintulu menjadi kemudahan seumpamanya yang pertama di negeri ini mengintegrasikan sistem pengurusan digital bagi mengendalikan proses pendaftaran dan penginapan waris pesakit.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan Sistem Pengurusan Anjung Kasih membolehkan maklumat keluarga yang menginap di tempat berteduh itu disimpan secara lebih sistematik.

“Apabila maklumat dimasukkan dalam rekod digital, kita dapat menjejaki waris yang menginap, termasuk mengetahui kampung asal mereka.

“Digitalisasi penting dalam era baharu ini kerana dapat memudahkan waris atau individu untuk berurusan dengan Anjung Kasih, selain mampu menyimpan rekod penting dalam satu pangkalan data.

“Besar harapan agar Anjung Kasih yang dirancang di Kuching kelak dapat mengikuti langkah yang sama dalam mengaplikasikan teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Anjung Kasih Hospital Bintulu di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abang Johari menyatakan pembukaan Anjung Kasih Hospital Bintulu bukan sekadar menyediakan sebuah kemudahan baharu, tetapi turut mencerminkan nilai kemanusiaan, keprihatinan dan semangat kebersamaan.

“Keluarga terdekat biasanya akan menemani pesakit untuk memberikan semangat dan sokongan sosial, tetapi kadangkala mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan kos hotel pula mahal.

“Justeru, kemudahan tersebut diperlukan susulan keluasan geografi Sarawak yang unik sehingga ramai pesakit dari kawasan pedalaman perlu mendapatkan rawatan di hospital utama,” katanya.

Tambahnya, pendekatan tersebut selaras dengan penekanan terhadap keterangkuman sosial dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau juga menegaskan agar kemudahan tersebut dapat diselenggara dengan baik supaya terus memberi manfaat kepada keluarga yang menemani pesakit.

Dalam pada itu, Abang Johari menzahirkan penghargaan kepada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) kerana menaja kos pembinaan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat.

“Komitmen tersebut membuktikan sektor korporat bukan sahaja berperanan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.

“Malah, mampu menjadi rakan pembangunan sosial yang memberikan impak langsung dengan kesejahteraan rakyat,” katanya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke