ARTIKEL

Anjur kempen keselamatan untuk kurangkan kadar kemalangan jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penganjuran kempen keselamatan jalan raya merupakan antara pendekatan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama menjelang musim perayaan.
 
Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata kerajaan memandang serius peningkatan kadar kemalangan dan kematian setiap tahun menjelang musim perayaan.
 
Kempen ini diadakan setiap tahun dengan matlamat yang sama, iaitu mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa bersikap toleransi dan berhemah semasa di atas jalan raya,ujarnya sasa berucap merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Gawai Raya Peringkat Negeri Sarawak anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Bahagian Bintulu, di sini petang tadi.
 
Katanya lagi, kemalangan terjadi berpunca daripada sikap individusebagai pengguna jalan raya yang ingkar untuk mematuhi undang – undang dan peraturan jalan raya sedia ada.
 
Justeru, beliau berharap, agar usaha ini berterusan terutama di kawasan yang sering berlaku kemalangan atau hot spot.
 
Jack, dalam pada itu, turut menasihati pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan mereka di samping memastikan kenderaan mereka keadaan baik dan memuaskan.
 
Residen Bintulu itu, kemudiannya, mengagihkan beg mengandungi makanan dan risalah keselamatan termasuk helmet dan payung kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan di hadapan bangunan Wisma Residen Bintulu.
 
Kempen keselamatan jalan raya itu turut mendapat penyertaan daripada sektor korporat dan swasta seperti Jabatan Kerja Raya Sarawak, Perkeso, Lembaga Kemajuan Bintulu, Shell MDS, PETRONAS, MLNG, ADAP 40RTY Global Sdn
Bhd., Pejabat Residen dan Daerah Bintulu, Polis DiRaja Malaysia Daerah Bintulu, Jabatan Pertahanan Awam Bintulu dan sebagainya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha