BIMBANG diserbu peminat, pelakon Anna Jobling terpaksa merahsiakan lokasi kediaman keluarganya di Melaka.
Memetik media tempatan, Anna berkata dia bimbang sekiranya privasi mereka terganggu dan ahli keluarga berasa kurang senang sekiranya diserbu peminat ketika berhari raya.
“Alhamdulillah pada tahun ini saya berkesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kediaman keluarga di Melaka.
“Aktiviti tahun ini tiada yang istimewa, melawat kubur dan berkumpul bersama-sama saudara di rumah nenek.
“Kampung kecil saja, risau peminat serbu kalau saya kongsi lokasi rumah,” katanya.
Pelakon Melur Untuk Firdaus itu juga mendedahkan dia turut menganjurkan rumah terbuka di Jakarta untuk peminat di sana.



