BICARA Syair ialah sebuah antologi puisi yang mengumpul barisan penyair berkat dari era 2010. Menurut penulis buku ini, iaitu Ibnu Din Assingkiri, tujuannya adalah untuk memberi ruang dan peluang agar karya mereka dapat didengar dan diperkenalkan kepada orang ramai.
Lebih mengagumkan ialah kesusahan karyawan buku ini tidak memupuk anasas sastera, sebaliknya mereka memupuk penulisan masing-masing di media sosial sahaja. Namun hobi yang dimulakan kerana minat ini telah menjadi bertambah baik dan berkualiti sehingga berjaya diterbitkan menjadi sebuah buku.
Ibnu Din Assingkiri memiliki enam karaywan dari seluruh Malaysia, pelbagai usia dan latar belakang, dari segi pendidikan dan pekerjaan. Tujuannya adalah untuk memastikan gaya penulisan, tema, pemikiran serta hasil karya mereka menjadi pelbagai dan unik.
Kesemua penyair terpilih ini mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dalam penyampaian puisi-puisi mereka dengan gaya moden dan pascamoden.
Barisan karaywan terpilih ini terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita yang menggunakan nama sendiri dan nama pena.
Keunikan Bicara Sunyi bukan sekadar terletak pada latar belakang penulisnya, malah terletak pada isi kandungannya yang sarat dengan mesej dan renungan jiwa.
Antara karya yang menjadi perhatian adalah puisi Mencari Ruang karya Pena Bayu. Ditulis pada 8 Julai 2021 di Menanam, Tongod, Sabah, sajak ini mengajak pembaca untuk mencari jeda di tengah-tengah kesibukan dunia.
“Di sela awal dan akhir, telah diri memburu ambisi, cuba mencari waktu menenung diri, membugar nurani…”
Pena Bayu turut mengakhiri sajaknya dengan bait yang menyentuh hati: “Di hujung hari bertemu diri, hilang dalam radar masa, yang tersisa hanya rasa, keranihhan”. Sebuah karya yang mengingatkan kita tentang kepentingan keseimbangan hidup dan ketenangan jiwa.
Seterusnya, karya Di Balik Tabir Yang Terlepas oleh HanRahim yang ditulis di Albury 1, Negeri Sembilan. Sajak ini memanfaatkan imej alam semula jadi seperti bekat matahari, daun mengering, dan kekelatu untuk mengembangkan kelelahan jiwa dan ruhin hidup yang tidak pernah surut.
HanRahim mengajak pembaca merenung kembali lipatan waktu yang terlepas dan menyoroti realiti kehidupan yang sering kali menyingkarkan rasa tidak puas.
Tidak ketinggalan, sajak Pertanyaan Kepada Diri II nukilan Ibnu Din Assingkiri sendiri yang dihasilkan pada 24 Februari 2021 di Simpang Ampat, Pulau Pinang. Puisi ini membawa pembaca menyelami ke dalam cermin diri, mempersoalkan kekhuatiran, roman yang semacam suka, serta kesediaan menghadapi penghujung usia.
“…dan kaki sudah melangkah, bendul di pintu barzakh.”
Latar pelakang penulis yang pelbagai
Menariknya, jika ditelusuri biodata penulis di bahagian belakang buku, latar belakang kerjaya mereka sangatlah pelbagai. Ada yang berprofesion sebagai guru, peguam, pereka grafik, bekas penjawat awam, dan ada juga yang telah bersara.
Iffa Aini Hamd atau nama sebenarnya Muzalffatul Aini binti Abd Hamid, yang dibesarkan di Sabah dan kini menetap di Johor, merupakan seorang pereka grafik.
Beliau mula menulis pada 2016 dan karyanya pernah tersiar di New Straits Times, Harian Ekspres, serta lebih 40 buah buku antologi dalam dan luar negara.
Dari Bumi Kenyalang, Azrinna Jamahari dari Miri, Sarawak, merupakan ahli Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA). Beliau mula menulis sejak usia 20-an dan turut mempunyai hobi melukis serta menonton filem.
Manakala Pena Bayu (Utailah Malek) yang lahir di Kampung Telupid, Sabah, merupakan seorang pendidik yang kini aktif di media sosial dan telah menyertai lebih sepuluh antologi puisi bersama rakan penulis.
Turut sama ialah HanRahim (Hanrom Ibrahim) dari Ipoh, Perak. Beliau merupakan bekas penjawat awam di Biro Siasatan Negara dan Jabatan Kerja Raya, sebelum berallih menrusui pendidikan swasta di Johor. Sejak di bangku sekolah, beliau aktif menulis dan kini telah menyumbang kepada lebih 60 antologi.
Dari Perlis, Marzelan M.Sani yang juga menggunakan nama pena Chuping Hills, mula menceburi bidang penulisan pada awal 2020. Beliau yang berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ini aktif menulis puisi, cepen, anekdot, dan skrip teater.
Sementara itu, Md Radzi Mustafa dari Kedah merupakan seorang peguam yang sangat aktif dalam persatuan penulis. Beliau pernah menjawat pengerusi Tetap Persatuan Penulis Nasional (PENA) sehingga 2022 dan menghususkan bidang intellectual property serta copyright.
Buku ini disunting oleh Ibnu Din Assingkiri sendiri, seorang lulusan Sarjana Muda Pengajian Inggeris dari UNITEM yang berasal dari Singkir Laut, Kedah. Beliau telah menghasilkan dua kumpulan cepen, empat kumpulan puisi serta berpuluh-puluh antologi pelbagai genre di Malaysia dan Indonesia.
Justeru, bagi peminat sastera tanah air, buku Bicara Sunyi ini bukan sahaja satu penghargaan untuk anak-anak seni dari seluruh Malaysia, malah membuktikan bahawa bakat sastera tempatan mampu setanding dengan penulis di peringkat nasional.




