ARTIKEL

Anugerah Industri Muzik ke-25 bakal berlangsung di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang berlangsung di Sarawak pada 26 September depan memperkenalkan dua kategori baharu, iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik, selain meningkatkan peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) kepada RM950,000.

Sebanyak 15 pemenang kategori akan menerima geran DKK RM50,000 setiap seorang, manakala pemenang Album Terbaik membawa pulang geran RM200,000 sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan penggiat industri muzik.

Buat julung kali, AIM akan diadakan di Borneo, iaitu di Borneo Convention Centre Kuching (BCKK), dengan 33 kategori dipertandingkan. TVS bertindak sebagai penyiar rasmi dan rakan penganjur, manakala kerajaan Sarawak turut menyokong penganjuran menerusi geran RM1 juta seperti dilapor Bernama.

Kategori Lagu Borneo Terbaik diperkenalkan bagi mengiktiraf karya yang memartabatkan bahasa, tradisi dan identiti muzik Sabah serta Sarawak, manakala Lagu Perayaan Terbaik menghargai karya yang mencerminkan perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Penyertaan AIM25 dibuka hingga 6 Ogos bagi lagu atau album yang diterbitkan di Malaysia sepanjang 2025, manakala lima calon akhir dijangka diumumkan pada September sebelum majlis anugerah berlangsung.

BERITA LAIN

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

BERITA TERBARU