ARTIKEL

Anugerah integriti baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd sedang membangunkan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABM) dan dijadualkan untuk diperakui pada awal 2024.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Datuk Hussain berkata, ia sejajar dengan pendirian kukuh SEDC terhadap integriti dan tadbir urus korporat yang baik.

Beliau yang juga Pengerusi Sarawak Metro menambah, syarikat tersebut komited melaksanakan usaha tersebut kerana integriti penting untuk menyumbang kepada pertumbuhan kolektif dan kemakmuran syarikat.

“SEDC selepas memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABM) dan melancarkan Penilaian Risiko Rasuah (CRA), kami terus menambah baik tadbir urus di syarikat subsidiari kami.

“Selain itu, SEDC turut memperkenal anugerah integriti baharu selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mempertingkat dan memartabatkan Tadbir Urus Korporat Baik di semua peringkat pentadbiran. 

“Maka, pengiktirafan anugerah sewajarnya akan diberikan hasil daripada pelaksanaan audit melibatkan entiti yang menunjukkan prestasi memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Hari Integriti 2023 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Hotel Riverside Majestic di sini, semalam.

Sementara, beliau mendedahkan bahawa SEDC pada tahun ini telah disenarai pendek sebagai agensi lima teratas untuk Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 di peringkat Kebangsaan.

 Sehubungan itu, beliau meluahkan harapan agar kakitangan yang terlibat sentiasa memberikan komitmen terhadap integriti dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

“Ia menunjukkan usaha serius kita bersama-sama untuk memastikan tadbir urus dan pematuhan kita berada pada tahap tertinggi,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Hari Integriti SEDC 2023, beliau memberitahu bahawa pihaknya telah menganjurkan Bulan Integriti, Kualiti dan Inovasi (IQIM) dari Oktober 2023 hingga Disember 2023.

 “Aktiviti yang dianjurkan semasa IQIM termasuk Ceramah Integriti, Pertandingan E-Poster, Walkabout Integriti, Inovasi dan Konvensyen Kualiti (IQC), Ceramah Produktiviti, Hari Terbuka SEDC dan lain-lain,” katanya.

Hadir menyempurnakan Hari Integriti SEDC 2023 ialah Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.  

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha