ARTIKEL

Anugerah Sastera Sarawak 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bagi pihak DBP Cawangan Sarawak, Safi ee berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi penghormatan bagi terlibat sama dalam meraikan sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka melalui pementasan teater ini.

“Disebabkan program ini dibuka kepada orang ramai, masyarakat khususnya di Kuching amat dialu-alukan datang bersama-sama bagi menyaksikan lakonan hebat pementasan teater itu.

“Saya berkeyakinan pementasan ini memberi pengetahuan serba sedikit serta sejarah hikayat terutama dalam Sarawak mencapai kemerdekaan semenjak 60 tahun lalu. 

“Saya juga difahamkan pementasan ini mengisahkan pembangunan yang kita nikmati sekarang khususnya di Sarawak.

“Ini usaha baik terutama golongan sama ada pelajar di peringkat sekolah menengah atau universiti untuk hadir supaya dapat melihat dan mendapat sesuatu daripada kisah yang disampaikan,” ujarnya.

Tambahnya, pementasan teater ini turut dilaksanakan di Johor Bahru dengan kerjasama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan warisan Johor pada 4 November bertempat di RTM Johor.

Jelasnya, jika pementasan teater ini meraih sambutan memuaskan, pihak DBP Cawangan Sarawak bercadang melaksanakan pementasan khas.

Hal ini diusahakan oleh pihak DBP Negeri Sarawak sekiranya mempunyai kelapangan dan berpeluang serta masih lagi dalam sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka.

PENULIS MUDA

Pada masa yang sama, pihak DBP Cawangan Sarawak membuka pencalonan untuk Anugerah Sastera Negeri Sarawak yang ke-11 bermula 16 Oktober lalu sehingga Januari tahun hadapan.

Anugerah ini dilaksanakan dua tahun sekali dan disampaikan pada 2024.

Kesemua percalonan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dibentuk oleh pihak DBP.

Jelas Safari, anugerah ini merupakan anugerah tinggi dalam sastera di Sarawak dan menyeru semua pengiat seni dan pertubuhan agar menyertai anugerah ini.

Di samping itu, Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai berkata, beliau terlibat dalam memberi penilaian karya dari segi bahasa di Sarawak bagi Anugerah Sastera Negeri Sarawak Ke-11.

Anugerah ini mempunyai beberapa kategori iaitu anugerah utama, anugerah khas bahasa dan sastera, seterusnya anugerah penulis Sarawak mengikut kategori bahasa.

“Seperti sedia maklum, Sarawak yang masyarakatnya majmuk mempunyai pelbagai bahasa yang perlu kita hargai.

“Sebelum ini, kita tidak ada kategori Anugerah Penulis Harapan Negeri Sarawak.

Namun, ia diwujudkan pada tahun ini bagi menilai penulis terutama golongan muda.

“Jadi, pihak kami berfi kiran wajar memberi pengiktirafan kepada golongan muda khususnya di Sarawak supaya mereka terus berkarya dan dapat menyumbang kepada pembangunan Sarawak,” ulasnya.

Manakala bagi pementasan teater, Abang mengatakan skrip cukup menarik dan dari segi latihan menggambarkan sesuatu yang unik seperti mempunyai unsur moden yang digabungkan dengan bangsawan.

Tujuan mengadakan pementasan tersebut di Johor supaya semua orang dapat melihat betapa Sarawak membangun dengan pesatnya dan banyak menerajui dari segi pemuliharaan alam sekitar, ekonomi digital dan sebagainya.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha