Trending

Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja 2018

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor meminta

Mahkamah Tinggi menentukan isu berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Anwar lima tahun lepas.

Permohonan tersebut dikemukakan berikutan saman fitnah Anwar terhadap Menteri Besar Kedah itu berkaitan ucapan mengaitkan beliau dengan perlakuan tidak bermoral dalam kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Memetik Bernama, Anwar berpendapat, permohonan Muhammad Sanusi itu di luar bidang kuasa mahkamah.

Menurut Anwar, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan, kuasa yang tetap dan tidak terjejas.

Anwar menyifatkan permohonan Muhammad Sanusi tidak relevan, remeh, mengaibkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan salah guna proses mahkamah untuk membuat keputusan ke atas perkara yang tidak boleh diputuskan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru