ARTIKEL

BATANG KALI, 12 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para tetamu ketika beliau menghadiri Jamuan Hari Raya dan Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Utama Batang Kali hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar belum bincang calon PH bagi Kuala Kubu baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HULU, SELANGOR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih belum berbincang mengenai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

“Saya belum berbincang dengan sesiapa mengenai perkara itu (PRK),” kata Pengerusi PH itu secara ringkas kepada pemberita semasa menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status calon PH bagi PRK itu yang akan diadakan pada 11 Mei ini.

Pada 4 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Lee, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas beberapa tahun bergelut melawan kanser.

– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA