ARTIKEL

Anwar Hadiri Tiga Mesyuarat Utama Kepimpinan PKR Di Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri tiga mesyuarat utama parti berkenaan merangkumi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Biro Politik Pusat dan Majlis Pimpinan Pusat yang berlangsung di sebuah hotel di Banda Hilir di sini sekitar 3 petang.

Perjumpaan strategik itu dilaporkan melibatkan kehadiran hampir 40 pemimpin PKR.

Antara barisan kepimpinan tertinggi yang turut hadir dalam siri mesyuarat itu ialah Pemangku Timbalan Presiden Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden Datuk Seri R. Ramanan, Setiausaha Agung Datuk Fuziah Salleh, Ketua Wanita Datuk Seri Fadhlina Sidek, Ketua Penerangan Datuk Seri Fahmi Fadzil, Ketua Angkatan Muda Keadilan Muhammad Kamil Abdul Munim dan Pengerusi MPN Melaka Adam Adli Abdul Halim. 

Anwar turut dijadualkan menghadiri Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Melaka di Stadium Hang Jebat, Krubong sekitar 8 malam ini. 

Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 dijadualkan berlangsung pada 14 Nov depan, dengan 31 Okt ini ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon manakala undi awal pada 10 Nov.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching menang bergaya ke atas Serian

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 BALAI RINGIN: Kuching selangkah lebih hampir ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas membelasah Serian 4-0 pada aksi separuh akhir pertama

Bintulu tekad bangkit

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 ASAJAYA: Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah@Anai Igang, percaya peluang pasukannya melangkah ke final Piala Premier Sarawak 2026 masih terbuka meskipun tewas