ARTIKEL

MENANG BESAR... Pemain pasukan Kuching.

Kuching menang bergaya ke atas Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PIALA PREMIER SARAWAK 2026

BALAI RINGIN: Kuching selangkah lebih hampir ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas membelasah Serian 4-0 pada aksi separuh akhir pertama di Kompleks Sukan Balai Ringin, petang tadi.

Penyerang berpengalaman, Mohammad Shafitri Salim muncul wira Kuching apabila meledak kesemua gol untuk pasukannya.

Lantas, menyaksikan skuad kendalian Mohamad Dzulazlan Ibrahim itu mempunyai difisit empat gol sebagai bekalan menghadapi aksi timbal balik digelanggang sendiri pada Sabtu nanti.

Kuching mengemudi pentas saingan babak pertama dengan tiga gol sebelum menambah satu lagi gol dibabak kedua.

Dzulazlan berpuas hati dengan kemenangan diperoleh pemainnya pada perlawanan tersebut.

“Gembira dengan kemenangan tersebut. Bukan mudah kami untuk mengharungi perlawanan itu kerana diberi tentangan sengit pemain tuan rumah,” tegasnya kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, empat gol yang diperoleh pada perlawanan tersebut memberi kelebihan kepada pasukannya untuk mara ke final.

“Saya harap pemain dapat mempertahankan kelebihan gol yang ada pada aksi timbal balik di Kuching Sabtu nanti,” ujarnya.

BERITA LAIN

Bintulu tekad bangkit

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 ASAJAYA: Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah@Anai Igang, percaya peluang pasukannya melangkah ke final Piala Premier Sarawak 2026 masih terbuka meskipun tewas

Samarahan miliki bekalan selesa

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 ASAJAYA: Pasukan Samarahan berjaya memanfaat beraksi dilaman sendiri selepas menumpaskan Bintulu (4-1) pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Premier Sarawak

BERITA TERBARU

Bintulu tekad bangkit

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 ASAJAYA: Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah@Anai Igang, percaya peluang pasukannya melangkah ke final Piala Premier Sarawak 2026 masih terbuka meskipun tewas

Len Talif terbuka terima keputusan parti

SARIKEI: Datuk Len Talif Salleh terbuka menerima sebarang keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berhubung pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang