KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 57 ‘otai reformis’.
Menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi dalam majlis ringkas yang berlangsung pagi tadi, kepada ‘otai reformis’ sekitar Ampang, di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.
“Kebanyakan mereka menghadapi masalah kesihatan malah ada yang telah uzur dek kerana faktor usia.
“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada pihak saya.
“Mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka serta dipermudah persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Anwar.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Speaker DUN Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamarudin.
– Bernama






