ARTIKEL

Anwar: Jangan tunggu serangan siber, negara perlu bersedia lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan siber negara dengan menumpukan keupayaan menjangka dan mencegah serangan yang kian kompleks serta canggih.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan proaktif perlu diutamakan berbanding tindakan reaktif kerana ancaman boleh menyasarkan pelbagai sektor, termasuk perbankan dan institusi penting.

Beliau menjelaskan ancaman siber kini tidak lagi terhad kepada negara membangun, malah negara maju di Eropah yang mempunyai infrastruktur canggih turut menghadapi serangan serius.

Susulan itu, kerajaan mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meneliti kepakaran dan keupayaan sedia ada, selain memberi taklimat terperinci kepada Ahli Parlimen seperti dilapor Bernama.

Anwar, yang juga moderator Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 14 malam ini, menyifatkan forum bulanan itu sebagai platform terbuka untuk menghimpunkan pandangan pelbagai pihak bagi membantu kerajaan menambah baik dasar, manakala siri kali ini membincangkan daya tahan sektor pertanian dan keterjaminan makanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kaishu tekad cipta identiti sendiri bersama The Cats

KUCHING: Sering dibandingkan dengan bekas tonggak Kuching City FC, Moses Atede, pemain tengah bertahan berasal dari Jepun, Kaishu Yamazaki memilih untuk membuktikan kemampuannya menerusi kerja