ARTIKEL

Portal korporat Bank Rakyat terganggu, pelanggan disaran guna iRakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Portal korporat Bank Rakyat dilaporkan terganggu buat sementara waktu sehingga menjejaskan capaian pengguna.

Bank itu memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasminya dan menasihati pelanggan supaya menggunakan saluran digital lain bagi urusan perbankan.

Pelanggan boleh beralih kepada aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK dan QR2E sebagai alternatif.

Menurut Bernama, pelanggan perniagaan pula disarankan menggunakan portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.

Sementara itu, Bank Rakyat memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran mereka dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan kira-kira 11.30 malam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kaishu tekad cipta identiti sendiri bersama The Cats

KUCHING: Sering dibandingkan dengan bekas tonggak Kuching City FC, Moses Atede, pemain tengah bertahan berasal dari Jepun, Kaishu Yamazaki memilih untuk membuktikan kemampuannya menerusi kerja

Danny X-Factor masih hadkan aksi lasak sembilan bulan

KUALA LUMPUR: Hampir sembilan bulan selepas pembedahan sciatica, penyanyi dan pelakon Danny X-Factor masih perlu mengehadkan aktiviti fizikal, termasuk mengelak aksi lasak, sehingga turut menjejaskan