ARTIKEL

Anwar pantau operasi bawa pulang rakyat Malaysia dari Timur Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memantau secara serius operasi membawa pulang rakyat Malaysia dari zon konflik di Timur Tengah selepas pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibuat hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menegaskan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan, terutama dalam situasi tidak menentu.

Beliau berkata Perdana Menteri turut mendoakan agar operasi membawa pulang itu dipermudah dan semua rakyat Malaysia yang terjejas dapat kembali ke tanah air dengan selamat.

Sementara itu, MKN memaklumkan kerajaan kini berada pada fasa akhir persiapan untuk melaksanakan operasi berkenaan susulan ketegangan keselamatan di Timur Tengah yang semakin meruncing.

Ketegangan meningkat sejak 28 Feb selepas serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

Menurut Kementerian Luar, setakat 8 Mac seramai 641 rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terjejas, manakala 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar dalam sistem e-Konsular setakat 7 Mac.–BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU