ARTIKEL

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar rasmikan Kongres Nasional PKR 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh menjadi tumpuan apabila ribuan perwakilan dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhimpun sempena Kongres Nasional PKR 2026 hari ini.

Bertemakan Memugar Reformasi, Membina MADANI, kongres selama dua hari itu menjadi medan memperkukuh hala tuju parti dan menyemarakkan semula perjuangan reformasi dalam menghadapi landskap politik semasa.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan kongres dan menyampaikan ucapan dasar, manakala kira-kira 2,500 perwakilan serta 3,000 pemerhati dijangka menghadirinya.

Perbahasan akan memberi tumpuan kepada isu ekonomi, pendidikan dan kestabilan politik, selain memperkukuh kesepaduan kepimpinan serta komitmen parti terhadap integriti, keadilan sosial dan pembelaan golongan rentan.

Kongres turut menyaksikan penyampaian Anugerah Bill Kayong kepada lima keluarga, kerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi serta Karnival Rahmah Mega, manakala Anwar dijadual menyampaikan ucapan penggulungan dan menangguhkan kongres esok seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU