ARTIKEL

Gambar fail. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun susulan kemenangan LDP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya, Takaichi Sanae susulan kemenangan besar Parti Demokratik Liberal (LDP) pada pilihan raya umum Jepun semalam.

“Mandat ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap visi beliau untuk pembaharuan ekonomi Jepun dan kemampuannya menggerakkan semangat generasi baharu pengundi,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Takaichi berada di Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober 2025, hanya beberapa hari selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri Jepun.

Anwar berkata Takaichi menunjukkan komitmen tinggi dalam membincangkan isu penting bagi kedua-dua negara termasuk ketahanan ekonomi, peralihan tenaga hijau dan keselamatan maritim.

Perdana Menteri berkata Malaysia komited untuk mengekalkan momentum dalam menangani isu berkenaan serta keutamaan lain.

“Beliau terkenal dengan slogannya ‘work, work, work, work and work’ demi Jepun.

“Saya menantikan kerjasama erat dengan Perdana Menteri Takaichi bagi meneruskan pembangunan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun ke tahap seterusnya,” kata beliau.

Berdasarkan Agensi Berita Kyodo, LDP yang membentuk gabungan bersama Parti Inovasi Jepun (JIP) memperoleh lebih dua pertiga majoriti dalam Dewan Perwakilan pada pilihan raya Ahad lepas dengan memenangi sekurang-kurangnya 310 daripada 465 kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan itu menjadikan LDP parti pertama era pascaperang Jepun yang mencapai pencapaian berkenaan dan memberi peluang lebih besar kepada kerajaan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan serta rang undang-undang walaupun ditolak Dewan Penasihat.–BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU