ARTIKEL

Atlet para powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin ditemui pemberita semasa menjalani latihan di Terminal 21 Korat di sini semalam, sempena Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025. | Bernama

APG 2025: Tiada ruang kesilapan buat Bonnie buru emas di Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAKHON RATCHASIMA: Juara dua pingat emas Paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin, akan beraksi dalam saingan powerlifting kategori 80 kilogram pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 dengan satu sasaran utama iaitu meraih pingat emas, dalam situasi yang tidak memberi ruang sebarang kesilapan.

Atlet berusia 26 tahun itu berkata kategori berkenaan hanya disertai beliau dan seorang atlet tuan rumah, sekali gus menjadikan setiap angkatan sebagai detik penentuan yang memerlukan ketenangan, fokus serta keyakinan penuh.

“Kategori saya sekarang dalam 80 kilogram hanya ada dua orang sahaja, saya dengan seorang lagi daripada Thailand. Jadi, kami akan bertanding untuk mendapatkan emas saja.

“Saya perlu membuat angkatan yang mampu menjamin pingat emas dan saya menyasarkan angkatan sekitar 200 kilogram,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol, yang hadir memberi semangat ketika melawat Terminal 21 Korat di sini semalam.

Kembali menyertai APG selepas temasya 2017 di Malaysia, Bonnie mengakui kejohanan di Nakhon Ratchasima membawa makna tersendiri dalam perjalanan kariernya bersama skuad kebangsaan.

“Cabaran memang ada.

Saya tidak ambil mudah kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pertandingan.

Pada fasa sekarang, saya dalam keadaan bersedia untuk beraksi,” katanya.

Semasa memenangi dua pingat emas Paralimpik, Bonnie bertanding dalam kategori 72kg dan ini merupakan kali pertama beliau mencuba nasib dalam kategori 80kg.

Bonnie juga akan turut disertai abangnya, Bryan Junency Gustin, dalam kategori 88kg, kedua-dua acara akan berlangsung pada Sabtu (24 Jan). — Bernama

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik