ARTIKEL

TERIMA KASIH… Royston (tiga kiri) menerima cenderamata daripada Jabir (dua kiri) dalam Program Persediaan Komuniti Menghadapi Fenomena MTL, di sini, baru-baru ini.

APM latih komuniti hadapi Monsun Timur Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Persediaan Komuniti Menghadapi Fenomena Monsun Timur Laut (MTL) anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dalat adalah penting bagi melatih komuniti untuk bersiap siaga dalam menghadapi sebarang bencana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, berkata ini adalah antara usaha untuk mempersiapkan komuniti menghadapi bencana dan kecemasan sepanjang MTL yang dijangka berterusan hingga Mac depan.

RAKAM KENANGAN… Royston (tengah) merakam kenangan bersama yang lain dalam program tersebut.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ceramah, pendedahan daripada agensi-agensi jawatankuasa bencana daerah, latihan kepada komuniti, serta pameran agensi bersama.

“Dengan adanya pendekatan ini, ia dapat membantu komuniti untuk lebih bersedia pada musim MTL ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program Persediaan Komuniti Menghadapi Fenomena MTL di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Baoh, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, apabila air pasang besar dari kawasan ulu bertembung dengan air hujan, ini akan mengakibatkan banjir yang tidak dijangka.

Situasi inilah yang memerlukan penduduk setempat bekerjasama dengan agensi bertanggungjawab untuk memikirkan kaedah yang sesuai bagi menghadapinya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sibu, Ketua Zon Tengah, Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin, memberitahu bahawa APM akan terus komited dalam usaha memberikan pendidikan awal kepada masyarakat.

“Namun, usaha ini memerlukan kerjasama berterusan daripada semua pihak, termasuk badan kerajaan dan masyarakat.

“APM Sarawak turut fokus kepada latihan kesiapsiagaan untuk orang awam dan kami telah melaksanakan program seperti ‘Local Engagement Approach Disaster and Emergency Response’ bagi latihan tersebut.

“Pada tahun ini, di Sarawak, kami telah melaksanakan 171 latihan bersama komuniti dan agensi awam yang melibatkan seramai 17,350 peserta,” jelasnya.

Di samping itu, Jabir berkongsi bahawa APM Sarawak telah mempersiapkan seramai 2,759 pegawai dan anggota dengan 295 aset darat, air, dan udara di seluruh pejabat bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Ujarnya, aset-aset penting telah ditempatkan di beberapa kawasan berisiko untuk memastikan respon terhadap sebarang kejadian bencana lebih cepat dan mudah, serta telah mengenal pasti 581 lokasi yang sering dinaiki air di seluruh Sarawak.

Tambahnya, anggota APM Sarawak akan melakukan pemantauan awal jika hujan lebat berterusan di kawasan terlibat dan memberikan amaran awal kepada penduduk kampung.

Terdahulu, Program Persediaan Komuniti Menghadapi Fenomena MTL ini melibatkan 19 buah rumah panjang sekitar Kawasan Ulu Baoh dan Nanga Baoh serta penglibatan pelajar dari SK Baoh Ulu, Dalat dengan jumlah peserta sebanyak 150 orang.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

Jaga data privasi kita

MINGGU lepas, dan sebenarnya banyak minggu, telefon pintar saya memaparkan iklan pelaburan hanya dengan jumlah kecil, tetapi memberikan pulangan lumayan. Bayangkan pelaburan hanya RM500, kita