ARTIKEL

Tourists from mainland China visit the Tsim Sha Tsui waterfront in Hong Kong on May 1, 2024 at the start of the Golden Week holiday period. (Photo by Peter PARKS / AFP)

April paling panas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HONG KONG: Hong Kong bulan lalu merekodkan bulan April paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca di bandar itu.

Suhu purata bulan lepas 26.4 darjah Celsius (79.5 darjah Fahrenheit) di Hong Kong menjadikannya “April paling panas” sejak rekod bermula 140 tahun lalu, kata balai cerap pada Rabu.

“Musim panas belum lagi tiba tetapi April sudah mencatat rekod panas,” kata balai cerap itu di media sosial.

Bandar subtropika China itu telah menghadapi cuaca panas melampau sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berpuluh-puluh rekod suhu tinggi, termasuk paras tertinggi harian dan bulanan, ditetapkan setiap tahun sejak 2019, data pemerhatian menunjukkan.

Pada 27 April, Hong Kong juga menetapkan rekod suhu harian untuk April, termasuk purata harian tertinggi 28.8, dan terendah harian tertinggi sebanyak 27.7.

Sebaliknya, antara 1991 dan 2020, purata suhu harian pada bulan April adalah antara 21.1 dan 25.6.

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU