Arab Saudi hadkan jumlah jemaah haji

Arab Saudi mengumumkan bakal menghadkan jumlah jemaah haji pada tahun ini dengan memberi kebenaran jemaah haji di kawasan tersebut untuk menunaikan ibadah demi mencegah penularan wabak Covid-19.

Buat pertama kali dalam sejarah moden Arab Saudi membuat keputusan sebegitu, iaitu melarang umat Islam dari luar kawasan Arab Saudi untuk menunaikan haji dengan menarik 2.5 juta jemaah haji pada tahun lalu.

Kementerian Kerajaan haji berkata bakal membuka untuk pelbagai kewarganegaraan di Arab Saudi tetapi jumlahnya masih belum didedahkan.

“Keputusan sudah dibuat untuk mengehadkan jumlah jemaah yang mengerjakan ibadah haji dengan pelbagai kewarganegaraan di Arab Saudi.

“Tindakan ini diambil demi memastikan ibadah haji dapat ditunaikan dengan cara yang selamat dari perspektif kesihatan awam dan bersesuaian dengan ajaran Islam,” katanya.

Ibadah haji merupakan rukun wajib bagi umat Islam yang berkemampuan, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Namun, ia dapat menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19 kerana mengumpulkan jutaan jemaah haji dalam kawasan yang sama dan sesak.

Keputusan tersebut diambil ketika pihak Arab Saudi berusaha mengatasi lonjakan besar jangkitan dengan melibatkan jumlah melebihi 161,000 kes, iaitu kes tertinggi di rantau tersebut dengan melebihi 1,300 kematian.

Namun, di sebalik lonjakan tersebut, pihak Arab Saudi menamatkan perintah berkurung untuk bergerak pada waktu malam dan menghapuskan sekatan perniagaan, termasuk pawagam dan tempat hiburan lain.

Keputusan Sensitif Pengumuman untuk mengadakan haji secara terhad tidak dinafi kan bakal mengecewakan berjuta-juta jemaah Muslim di seluruh dunia yang sering melaburkan wang simpanan mereka dan menanggung senarai menunggu lama demi menunaikan ibadah.

Namun, serba sedikit dapat memberi kelegaan kepada jemaah domestik kerana khuatir ibadah haji dibatalkan sepenuhnya buat pertama kali dalam sejarah baru-baru ini.

Memetik laporan AFP, pelawat dari Royal United Services Institute di London, Umar Karim menyokong tindakan kerajaan Arab Saudi mengehadkan jemaah demi keselamatan semua.

“Arab Saudi mengambil langkah bijak demi menyelamatkan wajah di dunia Islam sambil memastikan mereka tidak dilihat sebagai memandang remeh terhadap kesihatan awam.” ujarnya.

Tambah Umar, meskipun keizinan sudah diberi, jumlah jemaah dan kriteria pemilihan masih menjadi tanda tanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi menjelaskan pihaknya bakal mengadakan sidang akhbar bagi merumuskan segala perincian.

Tahun Mencabar Ibadah haji yang terhad mengundang kerugian besar bagi kerajaan, lebih-lebih lagi melibatkan kes penularan Wabak dan penurunan harga minyak.

Ziarah umrah sepanjang tahun lebih kecil ditangguhkan pada Mac lalu. Menurut Sarjana di Institut Amerika Enterprise, Karen Young, tahun ini merupakan tahun paling mencabar setelah penularan wabak Covid-19.

“Tahun ini, pihak Arab Saudi mengalami penurunan pendapatan dari semua sektor iaitu minyak, pelancongan, penggunaan domestik dan kini jumlah umrah dan haji terpaksa dikurangkan,” katanya.

Ibadah haji berskala penuh dengan melibatkan berjuta-jutaan jemaah tidak mungkin dapat dilaksanakan setelah pihak berkuasa menasihati umat Islam untuk menangguhkan persiapan pada akhir Mac lalu demi mengurangkan risiko penularan.