ARTIKEL

Kredit: Magnific

Arab Saudi maklumkan keadaan kembali selamat di Riyadh, Al-kharj selepas amaran keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin memaklumkan bahawa keadaan berbahaya telah berlalu di ibu negara Riyadh dan Wilayah Al-Kharj susulan amaran awal yang dikeluarkan bagi kedua-dua kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X, Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa penduduk supaya mematuhi arahan rasmi serta “mengelakkan daripada berkumpul dan merakam video”.

Pengumuman itu menyusuli amaran terdahulu yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi “memberi amaran tentang bahaya” di kedua-dua kawasan berkenaan.

Amaran itu dikeluarkan ketika permusuhan antara Arab Saudi dengan Kumpulan Houthi di Yaman semakin memuncak, termasuk serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan negara itu. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Lagu SAL PRIADI raih pencalonan

PENYANYI dan penulis lagu Indonesia, Sal Priadi, menarik perhatian apabila lagu tema  lem Monster Pabrik Rambut berjudul Kepala, Pundak, Kerja Lagi menerima pencalonan dalam

SEKALI MAIN,MAHU LAGI

‘ BAH, pisak pickleball abei itou!’ — pelawaan ringkas yang membawa maksud ‘Jom, main pickleball petang ini!’ pada mulanya mungkin kedengaran biasa, tetapi menjadi lebih