ARTIKEL

Arab Saudi pastikan bekalan harian jemaah haji mencukupi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MINA: Arab Saudi menyediakan lebih 243 juta barangan keperluan di pasar dan premis runcit di seluruh Makkah serta kawasan suci bagi memastikan bekalan harian mencukupi untuk jemaah haji sepanjang musim ibadah tahun ini.

Kementerian Perdagangan Arab Saudi memaklumkan bekalan yang tersedia sejak awal Zulhijjah itu merangkumi lebih 121.6 juta botol air, 82.2 juta pek produk tenusu, jus dan minuman ringan, selain 31.3 juta buku roti serta lebih 7.9 juta blok ais.

Bagi menampung peningkatan permintaan, kapasiti pengeluaran harian turut dipertingkat kepada lebih 32.6 juta botol air, 24.7 juta pek susu dan jus, 8.8 juta buku roti serta 2.2 juta blok ais.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa pasukan pemeriksaan lapangan akan terus menjalankan pemantauan rapi di semua pasar dan premis perniagaan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan mudah diperoleh seperti dipetik dari laporan Bernama.

Langkah kawal selia berterusan itu dilaksanakan untuk mengelakkan gangguan bekalan selain memperkukuh kesiapsiagaan perkhidmatan kepada jutaan jemaah haji yang berada di Makkah dan kawasan suci ketika kemuncak musim haji.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU